Amy@Takdir Dan Waktu..

picture comments

Khamis, 14 Julai 2011

Luahan utk isteri tersayang

Sayang...
Izinkan panggilan ini Abg Lafazkan Buat Awak selama lamanya.Kerana hanya awk yg masih bertahta di hati.Abg amat berterima kasih selama awk hadir di sisi ini.Awak banyak menangis dari ketawa..Awak banyak berdiam dari bicara..Awak banyak berlindung dari menyapa..
Sayang..
Awak hidangkan keharuman di dada..Awak hirup kepahitan ..kemudiannya apabila lahirnya zuriat kita ..Daniel ..Amira dan Aleeya..Awak kumpulkan kepenatan di siang hari..Lalu awak luahkan di dengkuran..Abang mengasak kemarahan .ketelinga awak yang sabar...dan Abang mengancam kepedihan cinta tiga segi..namun awak berserah kepada takdir ilahi.
Sayang..
Maafkan Abang sayang ..kerana selama ini tidak pernah memahami makna sebuah kesetiaan seorang wanita yang denyut nadinya telah banyak berkorban dan berbakti untuk diri ini.Apapun abang berdoa agar Allah memberikan kekuatan untuk awak terus berada di dalam bahtera yg telah terbina ..walau datangnya Tsunami dan Merapi..keazaman menuju ke pelabuhan bahagia tetap menjadi destanasi kita..biarlah takdir penentu segalanya.
Selamat Hari lahir sayang..yg ke 33 tahun..semoga Allah melindungi dan memberkati kita sekeluarga..Amin.
Ikhlas dari Suamimu..Suhaimi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan