Amy@Takdir Dan Waktu..

picture comments

Ahad, 12 Jun 2011

Berniagalah kononnyee...hihi.

Tahun nie aku dah mula pasang azam nak jadi seorang bisnesman yg berjaya ..tp tak taulah samaada sekadar berjaya daftar perniagaan kat SSM jek ke..atau berjaya buat duit...tapi dari pengalaman kawan kawan aku yang dah tercebur dalam bidang yang menjanjikan keuntungan lebih baik dari kerja makan gaji nie..tentunya menarik dan membuatkan semangat aku semakin berkobar kobar nak berjaya macam mereka jugak.pakai kereta besar..umah besar ..bila datang Raya..sampai  tanya mana pintu masuk...mana pintu keluar..??
    Namun dalam masa yang sama..jauh di dalam hati aku nie..berbisik juga.." Bole ker aku jadi tokey nie..?"..ishhh..potong semangat aku jek lahh..baru nak beranggan....Ahh..tu semua tak penting yang penting ..ade keinginan ..ada usaha..pasti berjaya.!!..sebelom nie pun bukannya aku takde langsung pengalaman berniaga...Masa aku kecik kecik dulu..Mak aku dah latih aku berniaga..kat sekolah jual nasi lemak..!..abis dalam kelas bau sambal tumis ..maklumlah nasi lemak panas tu..! bungkus masok dalam beg..pernah sekali ..nasi lemak bungkus yg aku bawak brniaga tu..tertumpah ..emmm..hancussss...bila anto buku latihan kat bilik guru..cikgu dah boleh kenal ..mana satu buku aku..dan dah boleh tau..samada aku berniaga ker tak pada ari tu..hahaha.bukan ape sebab cikgu yang tanya tu pun nak order jugak..hihi.siap suruh kirim salam kat Mak aku..kata Nasi lemak yg aku jual tu sedap..minta resepi lagi..cit..! hehehe.
     Bila aku dok kat Asrama pulak..aku berniaga jual "Rokok Bukak"..satu batang 50sen!..sampai kena tangkap dengan warden...ade sekali tu warden yg aku takut sgt tu sbb byk kali dah kena tangkap dan denda.. ..kehabisan rokok mlm mlm buta..dia dtg dorm aku..tanya.."Awk ada stok lagi tak....rokok saya dah abis lah.."...hehehe..sejak dari ari tu.. aku terus jadi seorang peniaga yg lebih berkeyakinan dlm Asrama tu utk terus berniaga rokko dalam tin..kihkih.
      Bukan setakat tu jek..Zaman bujang aku pun aku masih gian berniaga..dok melayan melepak2 kat tepi jalan..aku offer diri aku nie..tolong member2 jual burger..pehhh dia punyer seronok sampai aku sanggup kena belasah dengan cikgu kelas gara gara tak siapkan kerja rumah..apa tak nya..melepak kat luar jek..berlagak Tokey Burger..walhal kuli jek tu..dari pukul 8mlm sampai lah ke pukul 12 tgh mlm..kadang kadang tu ..kena tidur luar umah..bapak aku kunci pintu..tak kasi masok.Emm..baru padan muka aku..huhu.
Dah kawin pun gitu jugak..still minat brniaga tu ade lagi..tak boleh hantar berubat lagi dah..kena pulak berkenalan dgn seorang awek kedai jamu kat Terminal Bas Larkin...dari mula dok senyum2 pandang2 jeling2..melepak2 sambil tunggu bas depan kedai dia tiap kali aku balik kerja dari sebuah Hotel di Johor Bahru ketika tu.. .semua orang yang datang aku tolong dia layan..lebih2 lagi melayan pelanggan yg berstatus anak dara lh ...hehe. akhirnya mak Awek Kedai Jamu tu berkenan pulak dengan aku..so pe lagi Kawin lahhh...ngeh3x. bermula dari detik tu..aku dah semakin jinak dlm dunia perniagaan...Apapun aku tak nak nanti keluarga dia kata aku saje nak kikis harta diaowang..maka aku berhenti kerja kat hotel yg aku kerja tu..maklumlah lagipun pengatin baru..susah asyik kerja shift .payah nk berguling2 mlm2...kihkih..Akhirnya pemohonan aku diterima dan ditawarkan berkerja disebuah kilang produk kesihatan di Kawasan Perindustrian Mount Austin ..sebagai salah seorang di antara pegawai pemasaran didalam Market Research & Development department..mula lah aku jadi lebih hampir dengan dunia perniagaan nie..dgn krusus2 yg aku jalani..event2..sperti Expo keusahawanan anjuran kerajaan negeri..dan agensi2 swasta yg lainnya.sehinggalah satu kemuncaknya..aku menjadi Duta kepada Syarikat produk kesihatan tempat aku berkerja ketika itu..dalam memberi penjelasan kepada orang ramai serta penguna termasuklah  Menteri  Pembangunan Luar Bandar ketika itu Datuk Sri Azmi Khalid  dalam Expo MAHA..yg di adakan di PWTC .dan dapat berinteraksi dengan YAM Sultanah Zanariah Pemaisuri Sultan Johor.. Fuhh,,itulah diantara detik detik manis yang masih segar dalam ingatan...saat mula mula aku berjinak jinak dalam Dunia Perniagaan nie.
Sehingga lah kedetik ini..aku dah ada rangkaian perniagaan aku sendiri..menjual Air Mineral Water ..dengan hanya menjadi pembekal aku sudah mampu memiliki sebuah rumah dan kereta utk aku berikan segala kemudahan itu kepada 3 orang anak dan isteri tersayang.Harapan aku semoga Allah membuka lagi pintu rezeki ku seluas luasnya..dan benarlah kata Nabi..sebaik2 perkerjaan ialah berniaga.! biar untong sikit dari takde untong langsung dan tersekat2..asal hasilnya berkat..Amin.