Amy@Takdir Dan Waktu..

picture comments

Khamis, 25 April 2013

Ruang Seminar untuk Di Sewa

Ruang Seminar, Kursus, Latihan, Tuisyen untuk Disewa, Di Ulu Tiram Johor.

Adakah anda merancang untuk adakan seminar/ kursus / training? 
Adakah anda ingin ruang/ bilik seminar yang murah dan selesa?
Ataupun anda mahukan tempat yang strategik dan parking PERCUMA supaya senang orang datang? 

Kami di FI Management ada menawarkan ruang untuk disewa bagi merealisasikan rancangan anda itu. Anda boleh gunakan ruang tersebut untuk tujuan seperti:

• tempat MESYUARAT
• melaksanakan KURSUS
• mengadakan SEMINAR
• tempat LATIHAN
• sesi TUISYEN
• kursus MULTI LEVEL MARKETING

Kadar Sewa (tanpa meja) adalah seperti berikut:

• 1 jam – RM50 sahaja * maksimum peserta: 40 orang

Kelebihan dan Kemudahan disediakan:
• Masa perniagaan kami adalah dari 9pg – 11pm
• Wi-fi PERCUMA (Streamyx with wireless router)
• Berhawa dingin (Air-Cond 2.5 H)
• Tempat letak kereta PERCUMA (lokasi strategik)
• Whiteboard (with Marker)
• Kerusi & Meja
• Ada bilik air (toilet)

* perkhidmatan OHP (Overhead Projector dengan Papan Jalur Putih) akan kami sediakan dengan caj RM20 setiap sesi.
* Servis makan dan minum akan kami sediakan atas permintaan anda. Menu boleh dibincang selepas permintaan dibuat.

hubungi:suhaimiarahim@yahoo.com /019-7064046


Ahad, 23 Oktober 2011

Pembekal baju CEO Korporat dan pelbagai pakaian lelaki.murah & bermutu.


Kami menerima tempahan pakaian daripada mana-mana individu atau badan kerajaan/swasta juga pelajar universiti. kami menjanjikan kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Antara produk kami adalah baju F1,CEO Jacket, technician jacket, coverall, kemeja korporat, dll. pihak kami turut mnyediakan perkhidmatan mendesignkan ape juga logo2 kelab/persatuan dsbnya.. kami akan memberi quotation untuk anda.harga boleh dirunding Sebarang pertanyaan boleh email ke suhaimiarahim@yahoo.com 
atau hubungi :
019-7064046 En.Suhaimi

Isnin, 19 September 2011

Please lah..aku bukan Gay ...!


Mungkin ada segelintir Masyarakat yang masih lagi agak keliru dengan  spesis “Gay” nie. Bagi yang belum mengenali golongan ini..mereka menganggap lelaki seperti yang ingin aku ketengahkan ini sama sahaja seperti kaum lelaki yang ada di sekeliling mereka.

                Oleh yg  demikian.. aku rase terpanggil untuk share cikit experience dgn u all tentang manusia yg di ketegorikan sebagai Gay nie.Segalanya bermula setelah aku tamat dari alam persekolahan(20thn).walaupun hanya berbekalkan kelulusan teknikal yang aku ada..namun tidaklah sesukar mana untuk aku mendapatkan peluang perkerjaan.malah sebelum aku tamat latihan lagi Pelbagai pihak offer kerja.di antaranya Malaysia Airlines MAS...TV3..Proton..Hotel ternama. Dan macam macam lagi.Namun aku lebih interested dengan kerjaya yang agak “glamour”..so Aku sanggup tinggalkan kerjaya aku di MAS (dulu Terminal kat Subang Jaya,).semata mata ingin mengejar impian “kecik” aku yg hanya mementingkan keseronokkan ...Aku bermula dengan menjadi seorang Penari kebudayaan ( mmg lari bidang giler..hahaha)

                Bermula dengan mengenali golongan yg lebih mudah di panggil “Sotong” atau pondan Sememangnya tugas aku  berdamping dengan golongan mcm nie.( Dlm ramai2 penari lelaki..just dua orang shj yg “keras”(Jantan tulin)..iaitu aku dan sowang lagi  dancer lama.apa lagi..manja semacamlah sotong2 kurita tu kat aku..mcm2  teknik diaowang try goda  aku..tapi aku wat tak pham aje.Tiba lah pada suatu ketika.. group kitaowang di arahkan utk menjalani latihan di sebuah pusat latihan kesenian trkenal diMelaka selama 3 hari.Pada satu mlm tu di sebabkan terlalu boring sgt Aku dan Faizul wat planning utk “enjoykan” badan kat Bandar Melaka.kitaowang tak expert sgt jln2 kat situ..so aku terperasan 2  orang lelaki ( Macho la)yg mana sejak aku n faizul mencari2 arah disco  ..diowang asyik pandang semacam jek kat kitaowg.sebaik saje aku beritau lelaki tu akan tujuan aku..maka dia dengan penuh semangat dan beriya iya..bersetuju utk menunjukkan disco yg kitaowang maksudkan..malah mereka berdua turut  join sekali..dan offer utk “payong”( belanja)lagi sekiranya aku berdua “melayan” dia dan kwnnya tu..Mulanya agak pelik jugak lelaki berdua  tu..nape baik sgt..nape lepak jek kat basstand dr tadi.tp baru skg  nak ikut kitaowang.Emm,,Akhirnya segala motivenya terjawab di saat aku dan faizul duduk bersama 2 lelaki tu..nak tau ape dia buat?..mase kita orang duduk bersebelahan Lelaki yg macho td tiba2 mereka berdua boleh jadi manja tak pasal..  boleh Meraba “Anu” aku ! cittt! Pastu dgn suara yg macam kucing miang dan mendayu2..Lelaki tu tu ajak aku ikut dia balik bilik hotel tempat diowang menginap…Arghhhhh…pe lagi aku dgn faizol ..cari helahlah..kata kat 2 orang tu..yg kita owang nak gi toilet jap..so di kesempatan tu lah kita berdua..cabuttttttt lari..hahaha..tahan teksi ( duit tak cukup smpai jek ..merayu Abg Mohd Nor pereka Tari kitaowang tolong settlekan..)

Lari dari mulut Naga..masok mulut buaya..cittt!!,tulah nasib aku mlm tu…bila sampai jek kat bilik asrama kita owg..mmg tak sedor lansong..letih giler..badan macam baru turun dari gunung Everest..xtau kenapa kepala pening giler..berdenyut2..mcm nk muntah pun ade..so kita berdua pun terlelap dgn lena nya.tapi entah kenapa..pagi tu..sebelum mata aku  terbuka..telinga aku dah dengar suara beberapa owg pompuan menjerit dan ketawe megekeh2…rupanya bila kita berdua pndang kelengkanag kita owg dah terlondeh suar..dlm mase yg sama..hati berbisik ..”mungkin mase minum dgn gay 2 org tu..diaowang dh masokkan pil khayal dlm gelas kitaowng..dan bila tiba di hostel plk..dlm keadaan yg separuh sedar..sotong2 tu semua telah mengambil kesempatan kat kitaowng..padanlah sejuk jek kelengkang tido mlm td….Arghhhhh..( tuhan jek yg tau..mcm mane perasaan aku mase tu..) rase macam nak tumbuk jerk muka sotong2 tu sekor2…!!

                Ingat dah xde lagi ujian Allah terhadap aku dgn mahklok yg pelik tu..rupanya ade lagi..!Setelah aku resign dari tourism Centre tu..Aku di pelawa pulak sowang manager di sebuah Hotel bertaraf 5 bintang di pusat Bandar Johor Bahru.(aku kenal mase slalu wat show kat hotel tu untuk majlis2 org kenamaan mase keje sebagai dancer di Johor Kraf Village).Di Hotel pulak aku bertugas sebagai waiter di Bequit departmentt.Setiap hari pelbagai2 jenis manusia aku aku jumpe..dari golongan yg biasa hinggalah golongan atasan/VVIP. Dan disebabkan aku memiliki kelulusan dlm bidang teknikal..aku telah mohon di tukarkan ke Maintenance department (Sbg Juruteknik)Alhamdulilah,pemohonan aku di luluskan.. Emm..masa tu lah ..Aku brkenalan dengan seowang lelaki yg ketika itu telah mnjadi penceramah jemputan satu seminar anjuran bank Bumiputra ( skg CIMB).Dia Nampak muka aku jek..tiba2 dia kata..yg muka aku seiras muka anak saudara dia…then dia bagi name card kat aku..bila aku tgok tertera nama nya.”Dr S..”(rahsia..xbaik aibkan owg) bertugas sbg Management Consultant..beribu pejabat di kuala lumpur).Aku bangga dapat kwn yg berkedudukan tinggi serta dihormati masyarakat.Ibunya merupakan seorang wanita yg mendapat pengitirafan sebagai Ibu Mithali  di Perak.serta beliau mempunyai adik beradik yg baik budi perkertinya.Namun tanggapan aku tu..akhirnya rentong....apabila dia rupa2nya seorang juga gay.segalanya terbongkar apabila aku di jemput ke rumahnya di satu kawasan elit KL..mlm tu setelah aku dan dia puas berjalan2 di sekitar ibu kota .bukan setakat tu aje..malah dia juga dgn bermurah hati telah mebelikan aku beberapa helai baju dan sepasang kasut..kemudian aku di bawa ke sebuah kedai motor..siap suwoh pilih..motor mana  yang aku suke.tapi aku motor yg paling besar dlm kedai tu…ngeh3x..igat terus dapat..rupanya..ade syarat..aku kena tido umah dia sehari dua.. dlm masa yang sama aku diperkenalkan dengan beberapa orang kenamaan ..sebaik jek tiba di rumahnya..aku cukup teruja bila tgok rumahnya yg tersergam  indah bak istana..bilik tido jek ade 8 bilik..rumah 3 tingkat..tapi yang peliknya..mlm tu dia nak tido bersama2 dgn aku satu bilik..pe ke hal??..bila aku tanye dia kata..saje nak menambahkn lagi rase kemesraan terhadap tetamu yg datang…hati aku dah mula rase tak sedap..naik bulu roma aku..tak sangka..org yg di segani boleh bersifat melampaui batas…tapi di sebabkan keimanan serta sifat kejantanan aku masih kuat..mlm tu jugak aku wat keputusan xjadi  bermalam kat situ..aku jalan kaki dari atas bukit..turun tahan teksi..terus ke puduraya.serta merta hati aku jadi benci dengan mahluk yg di gelar Gay nie.! ( pe taknye..tido kat basstand smpai pagi tu..tiket bas dah abis.sob..sob...)

                Semangat aku utk terus mengejar dunia glamor masih menebal…...kali nie aku nekad utk kembali ke KL utk menjalani satu krusus Asas Seni lakonan anjuran seorang pengarah terkenal era 90an.( Hotel Concode )semasa sessi fotografi..di situ aku berkenalan dgn seorang Selebriti  terkenal (juri jemputan krusus tu..nama xperlu di nyatakan..dosa) yg boleh dikatakan meletup dan dikenali ramai.sering menimbulkan kontraversi dlm industri tanah air.Dlm ramai2 peserta yg terlibat di dalam dewan tu..aku di temubual olehnya..pelbagai soalan peribadi di tanyakan ..tak cukup dgn tu..lepas sessi penyerahan sijil penyertaan..dia turut meminta nombor HP aku..dgn alasan..utk memudahkan dia menghubungi aku..bila ade peluang yg sesuai..bila dia dapat nombor hp aku..boleh dikatakan hampir setiap malam dia call aku..mula2 citer psl industry perfileman..pastu..janji mcm2 peluang..citer psl hal peribadi..mula meluahkan rase hati..adoiii,lebih dasat lagi bila dia sering mengungkapkan kata2 lucah serta memgajak melakukan “phone sex”.Aku memang tak sangka …dia yg juga mempunyai latar belakang  pendidikan tinggi pun..masih jahil utk membezakan yang mane baik..dan yang mane buruk.Sebenarnya masih banyak lagi pengalaman antara aku dengan kehidupan golonagan sedemikian..tetapi cukuplah apa yg telah terluah…kerana yang lainnya..tak sanggup utk aku kongsikan bersama.yang pasti aku belum pernah “diperlakukan seperti Kes Seorang Dato Seri tu..…mintak di jauhkan .nanti tak pasal2 kena wat sumpah Laknat pulak..hahaha.harapan aku berkongsi pengalaman ini cuma satu..nak masyarakat sedar akan kewujudan umat nabi Lut ini yang tanpa kita sedar ianya dalam diam telah merosakkan tatasusila kemanusiaan bangsa maupun agama.(*nie citer zmn jahiliah aku tau..skg dh baek..huhu..insyakallah.)

Selasa, 2 Ogos 2011

Tempahan Lemang.


Kami menerima tempahan Lemang bagi meraikan Hari Raya dan Majlis keramaian seperti Majlis Rumah terbuka.Hari Lahir, MajlisTahlil dan sebagainya.
-Sebatang Lemang hanya berharga Rm 9.00 - 12.00 sahaja.( mengikut saiz )
-Tempahan minimum adalah sebanyak 10 btg dan keatas.( bawah dr 10btg boleh..tapi harga tak samalah..)
-Kos penghantaran bagi sekitar Kota Tinggi dan Ulu Tiram adalah percuma.Bagi kawasan luar caj dikenakan hanyalah 80 sen/km
-Setiap tempahan hendaklah dilakukan selewat lewatnya 2 hari dari tarikh penghantaran.berserta wang pendahuluan.

Jika berminat:
Utk tempahan dan keterangan lanjut: Hubungi En Suhaimi - 019-7064046
atau emailkan di suhaimiarahim@yahoo.com

Khamis, 14 Julai 2011

Insaflah wahai Isteri yang Derhaka.

Assalammualaikum….
Salam hari Jumaat semua. “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah.” Buat semua pompuan di luar sana tak kira yang telah berumahtangga atau belum di nikahi, hari ni aku nak kongsikan kepada kowang semua tentang artikel yang aku baca dari majalah Anis berkenaan balasan yang diterima buat isteri-isteri yang derhaka.  
Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami. Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya dikhuatiri mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri derhaka. 
1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami
Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?
Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”                                                           
                                                                                                           (Riwayat Imam Bukhari)
2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami
Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”
3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami
Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.”  (al-hadis)                  
4. Balasan wanita yang lari dari rumah
Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)
5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami
Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.
6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya
Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”.  (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.
Semoga dengan Azab2 yang di jelaskan di atas dapat memberi keinsafan kepada isteri2 di luar sana..khasnya kepada isteriku..Eny..agar dirimu mendapat pertunjuk darinya...serta memuhasabah diri.demi hubungan kita yang terbina dengan lafaz yg suci.....selagi di beri kesempatan olehNYA...kerana engkaulah isteri..yang kusanjungi..lambang semangat cinta dunia.

Terima Kasih Abah...

 Setelah menyambut Hari Ibu..kini tiba pula giliran mengenang Jasa seorang bapa.Bagi aku sambutan Hari bapa nie agak kurang meriah dan tak lah sesemangat macam menyambut hari Ibu..aku pun tak tau kenapa..? Mungkin kasih Ibu nie lebih kot dari seorang bapa...Eem..tapi tak jugak..walaupun aku sedar akan sabda Nabi bahwa kita patut menghormati ibu  lebih dari bapa kit..namun aku tetap tidak dapat menafikan akan pengorbanan seorang bapa yg lebih lancar lidah Aku nie menyebut dengan panggilan Abah.
    Jika di kenang akan segala pergorbanannya dari mula nama aku di daftarkan kat JPN ( Jabatan Pendaftaran Negara)..confirm aku tak dapat nak ingat semua detik detik yg berlaku antara Abah dan Aku...cuma kalau nak dikenang sepintas lalu adelah beberapa peristiwe yg masih segar dalam ingatan..terutamanya semasa zaman sekolah dulu lah...Ingat lagi....Tiap pagi sebelum ke sekolah aku akan ketok pintu bilik abah..dengan menadah tangan ..mintak duit belanja 50 sen....Wajah abah menunggu aku dengan Vespa usang yg enjinnya 2km .dah dapat didengar. dari dalam kelas...dengan wajah yang penuh senyuman walaupun dalam keletihan...di depan pintu Sekolah Rendah Kebangsaan Laksamana Kota Tinggi.
Bila Lonceng berbunyi..Aku akan berlari menuju ke arah tempat duduk kat depan motor sambil berdiri tegak di celah kelengkang Abah sambil memegang handle motor..di sebelah petang nya pulak..Abah korbankan lagi masanya..menghantar aku ke sekolah agama...demi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Bapa yg juga menekankan pendidikan Agama
    Di Sebelah malamnya setelah "menyetan" dengan rakan sebaya ..abah akan mengajar aku mengaji dan ketika itu jugak lah dia ada masanya Abah akan bertekak dgn Mak..disebabkan Mak yg akan menyebelahi aku tiap kali aku di pukul dgn rotan halus..gara gara lembap sgt.. Teringat jugak saat Aku menangis dalam bilik air hampir 2 jam . ..sebab takut nak bukak balutan sunat...Akhirnya Abah jugaklah  yg bukakkan .. sambil bagi aku kata kata semangat..." Kau anak lelaki..mane bole nangis..kena Kuat..!.".itulah antara dialong Abah yg paling segar dalam ingatan...Zaman sekolah aku memang agak nakal..di sebabkan pengarauh kawan2..ada jugak sekali dua aku di hukum ..dan Abahlah yang akan ke sekolah berjumpa dengan pengetua..menelan segala cerita duka untuknya..
Bukan setakat itu sahaja ..Setelah mendirikan rumahtangga pun..Abah masih sanggup berkorban menyelesaikan pelbagai bagai dugaan dan muhsibah yg aku alami...tanpa sedikitpun mengungkit maupun meminta balasan..terlalu banyak janji janji yang masih belum dapat aku tunaikan...kepada  insan yang ku gelar Abah ..Terima Kasih AbaH.( A.Rahim Bin Mohammad).hanya Sepotong Doa yang mampu Anakmu berikan  sempena Hari Bapa yang tentunya amat berharga bagi mereka yang masih mengenang erti Pengorbanan Insan sepertimu..Hanya Allah yang dapat membalas dgn kebaikkan setiap apa jua yang telah Abah berikan kpd Aku selama ini..

Ya Allah,
Berilah Abah balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan Abah padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang Abah limpahkan padaku,peliharalahAbah sebagaimana Abah memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah Abah rasakan atau kesusahan yang Abah deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak Abah kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa Abah danbertambahnya pahala kebaikan Abah dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai Abah sebelumku, Izinkanlah Abah memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk Abah,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 


Amin Ya Rabbul Alamin..

MAk..baru kini ku sedar..

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...mcm nak cakar dinding pun ade..And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! aku lah yg punyer geran umah ..Can do whatever!!!
Boleh layan DVD emm..ehemm ..sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh
Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon sampai merah cuping telinga  and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang
nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,
then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna...dan aku jd seoarng yg kaut hari ini.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga..walau sometime dia kuarkan kata kata yg bisa sebisa King Cobra sekalipun.. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!..Hargai mereka slagi dia mampu merenung mata kita..sblm kelopak matanya layu kebumi.Terima kasih Ibu Azizah..!

Luahan utk isteri tersayang

Sayang...
Izinkan panggilan ini Abg Lafazkan Buat Awak selama lamanya.Kerana hanya awk yg masih bertahta di hati.Abg amat berterima kasih selama awk hadir di sisi ini.Awak banyak menangis dari ketawa..Awak banyak berdiam dari bicara..Awak banyak berlindung dari menyapa..
Sayang..
Awak hidangkan keharuman di dada..Awak hirup kepahitan ..kemudiannya apabila lahirnya zuriat kita ..Daniel ..Amira dan Aleeya..Awak kumpulkan kepenatan di siang hari..Lalu awak luahkan di dengkuran..Abang mengasak kemarahan .ketelinga awak yang sabar...dan Abang mengancam kepedihan cinta tiga segi..namun awak berserah kepada takdir ilahi.
Sayang..
Maafkan Abang sayang ..kerana selama ini tidak pernah memahami makna sebuah kesetiaan seorang wanita yang denyut nadinya telah banyak berkorban dan berbakti untuk diri ini.Apapun abang berdoa agar Allah memberikan kekuatan untuk awak terus berada di dalam bahtera yg telah terbina ..walau datangnya Tsunami dan Merapi..keazaman menuju ke pelabuhan bahagia tetap menjadi destanasi kita..biarlah takdir penentu segalanya.
Selamat Hari lahir sayang..yg ke 33 tahun..semoga Allah melindungi dan memberkati kita sekeluarga..Amin.
Ikhlas dari Suamimu..Suhaimi.

Khamis, 7 Julai 2011

Air Mineral Murah lagi bermutu




           Sebelum aku menjual produk produk lain ..Aku rase adalah lebih afdal jika Produk Minuman dijadikan sebagai pembuka rezeki diblog aku nie..sebab kita pastinya memerlukan "Air" utk terus hidup..( drink for life) jangan kata manusia sahaja ..malah haiwan..tumbuh tumbuhan juga perlukan air untuk terus hidup.Oleh yang demikian di samping aku menjual produk..baik juga kalau aku dapat berkongsi serba sedikit ilmu tentang  Air mineral yang berada di pasaran.Tak tahulah sama ada ramai yang perasan atau tidak.. Penutup bagi botol Mineral Water ni ada banyak warna..
Kalau korang nak tau..ada tutup yang berwarna Hijau.. Biru.. Putih Dan Merah... 
Dan .. Sebenarnya, ada makna di sebalik warna penutup botol tu.. 
Jika penutup botol tu warna putih.. Ini bermakna air tersebut selalunya datang dari air tangki yang telah melalui proses penyulingan..dan dengan erti kata lain ..air masak yg biasa kowang minum tu lah..cuma ianya telah melalui proses penapisan dan dipanaskan/didihkan mengikut suhu yang telah di tetapkan..tetapi ada juga yang berwarna putih tu..adalah air yg berpunca dari proses peyulingan semula/Distilled Water.
Tak kisahlah korang nak beli air apa pun.. Air mineral yang berpenutup warna hijau ke.. Biru ke.. Itu hak korang..
Bagi aku Air mineral ke Air Tangki SAJ ker..tu semua tak  peningkan kepala otak aku.yang penting bukanlah punca Air tu..tak guna kalau kita dapat minum air Zam zam atau air yang turun dari langit sekalipun apalah maknanya jika ..kandungannya telah tercemar dan membahayakan kesihatan..secara kesimpulannya..jgn risau dari mana air tu datang...walaupun air kitarsemua/RO water...janji terjamin tahap Kebersihannya.
So pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Air minuman Mineral Water Asli ( bukan tipu punye..aku sendiri datang kilang tengok proses pembotolan produk minuman nie) Punca Airnya di ambil dari bawah tanah sejauh 200 kaki dalamnya..dengan teknologi USA..Telah terbukti akan ketulinan tahap mineralnya.serta di akui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Produk yang aku jual nie juga telah pun beberapa kali memenangi Anugerah di peringkat Antarabangsa diantaranya di Geneva.
    1.5 liter        12botol/kotak         Rm 12.00
    0.55 liter      24botol/kotak         Rm 10.00  
Penghantaran di sekitar Johor Bahru dengan kuantiti dibawah 20ctn hanyalah Rm 10.00 sahaja.!

Bagi mereka yang berminat untuk membuat air jenama sendiri juga ..boleh! untuk mendapatkan sebut harga e-mailkan kepada   suhaimiarahim@yahoo.com./019-7064046